Rabu, 27 Mei 2009

graduation day

Arini Ida punya Graduation Day at UiTM. Kekangan masa membataskan aku untuk meraikannya bersama. Tapi semalam aku sempat mengunjungi keluarga di Shah Alam. Seronok bila ingat balik masa aku konvo dulu. Terasa kepuaan selepas penat lelah mentelaah buku. Kini aku dah nak masuk sem 5 master kat UPM. bila semua keje makmal nak setle pun tak tau. Terasa lelah juga. Adakala apa yang kita rancang tak menjadi. FRUST jer rasa dan mood pun mula hilang.

'Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menyelesaikan semua tugasan yang ada. Dan hambaMu ini bermohon agar Kau bukakanlah pintu hatiku untuk menerima segala ilmu yang bermanfaat agar dapat aku salurkan kembali kepada generasi akan datang untuk kemakmuran bersama. Aminnn...'

Rabu, 13 Mei 2009

Hujan rahmat...

Syukur Alhamdulillah... Akhirnya semalam Yang Maha Esa menganugerahkan hujan yang lebat untuk membasahi bumi ini setelah sekian lama mentari terik memancarkan cahaya. Meskipun di dada akhbar terpampang bencana yang terjadi akibat hujan lebat dan ribut yang berlaku, tetapi masih ramai yang menikmati nikmat hujan ini. Pagi ini Syam lihat pokok-pokok kembali segar yang udara pun nyaman. Lega dan segar rasanya dapat menghirup udara segar selepas hujan. Ternyata suasana selepas hujan mampu memberikan perasaan tenang dan damai apalagi buat penghuni kota yang penuh dengan hiruk-piruk kehidupan. Syukur Ya-Allah di atas rahmatmu ini.

-Alhamdulillah-

Sabtu, 9 Mei 2009

Ibu Oh Ibu

Selamat hari ibu buat mak n mertua tersayang. Semakin bahagia ada 2 ibu yang sekepala dan baik hati. Terasa diri dimanja selalu. Hari ibu kali ini hanya ucapan yang dapat dilayangkan buat mereka sementelah mak di Manjung dan mertua balik kampung di Melaka. InsyaAllah akan sambut juga minggu hadapan bila berpeluang berkumpul bersama (really cant wait till next week).

Bercerita tentang ibu, tentu semua setuju mereka sentiasa inginkan yang terbaik buat insan bergelar anak. Cuma kadang-kadang pendekatan yang diambil mungkin berbeza dan ada sesetengahnya bertentangan dengan keinginan si anak. Terutamanya perihal yang berkaitan jodoh ataupun pasangan si anak baik si teruna mahupun si dara. Teringat Syam pada seorang teman yang bengkak-bengkak mata akibat nangis. Sedih katanya apabila pilihan hati mendapat tentangan si ibu. Bila ditanya kenapa, katanya si dia ni lebih muda usianya dan berstatus duda anak satu. Mungkin si ibu terkejut kerana dalam usia yang masih muda sudah memegang status duda. Bukan mudah bagi si ibu untuk menerimakenyataan tersebut. Tapi seandainya itu sudah suratan buat si anak, dan si anak yakin itu pilihan yang tepat dan terbaik, dia seharusnya berusaha meyakinkan ibu. Berbincang dan bertoleransi jangan sampai mengguris hati ibu. AMBIL HATI IBU dan jangan sesekali membelakangkan ibu dalam setiap keputusan yang kita ambil.

Syam akui ramai anak yang soleh dan solehah berubah menjadi degil dan derhaka hanya apabila pilihan hati tidak mendapat restu ibu. Ada sesetengahnya sampai sanggup lari dari rumah mengikut buah hati (BUANG EMAK BUANG SAUDARA, KERANA HATI SAYA TURUTKAN). Sampai hati anak. Menjerut rasa hati ibu bila anak yang dikandung dan dibelai penuh kasih sayang sanggup memperlakukannya seperti itu. Sepatutnya kita sebagai anak perlu bermuhasabah diri. Ingat kembali kenangan dan jasa ibu kepada kita sedari kecil hingga dewasa. Jangan nanti bila ibu telah tiada baru nak menangis menyesali perbuatan diri. Waktu itu tiada gunanya lagi.

Jasa mak pada Syam memang tiada ternilai. Sanggup menjaga Syam dari kecil hingga dewasa dan paling ketara bila Syam sakit dan kene admit di hospital. Mak sanggup menemani Syam di hospital walaupun Syam lihat mak tak cukup rehat. Bila Syam nak exam pun dialah yang paling sibuk. Sentiasa menemani Syam di dewan exam dengan doa dan selalunya mak akan bersolat hajat. Bila Syam berjaya dialah yang paling happy dan jka sebaliknya dialah juga yang selalu memberi kata-kata peransang untuk Syam terus bangun dari kegagalan. Terima kasih ya Allah kerana KAU kurniakan mak sebagai ratu hatiku. Kini walapun aku telah berkahwin, mak tetap seperti dahulu. Dan piling best mak menerima pasanganku seperti anak sendiri. Begitu jga mertuaku yang menerima aku seperti anak sendiri. LUV U ALL...

i luv my moms

Rabu, 6 Mei 2009

Plan hujung minggu

Semalam ingat nak siapkan assignment n langsaikan kain-kain yang belum di-iron. Tapi kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan. Balik dari UPM, singgah NSK beli sayur-sayur. Kepala dah fikir apa menu hingga hujung minggu ni. Tekak ni teringin nak makan telur itik masak lemak cilil api. Apalagi trus call mak tanya resipi. Selesai masak, Kak Ruby call hubby kata nak datang umah. Sebenarnya Hubby Kak Ruby nak tengok gril rumah. Hubby Syam minta tolong untuk betulkan gril rumah supaya lagi kukuh (takut juga sebab kami selalu takde kat rumah dan pernah ada kes kat kawasan perumahan ni. 5 rumah sekali kena pecah dalam satu masa). So, tergendala la segala plan nak siapkan assingment dan iron baju. Kepala plak trus ligat fikir apa nak masak hujung minggu ni sebab Famili Kak Ruby nak datang hari Sabtu untuk betulkan gril rumah. Lagi pulak hubby tak suka makan kat luar (boleh kira berapa kali makan kat luar sejak kahwin. Balik keje lambat pun masak gak tau). Senang keje bila hubby kata teringin nak makan nasi tomato, ayam masak merah. Syam pun suka sebab mudah dan tak renyah nak masak, cuma lengkapkan dengan jelatah dan papedom je. Memandangkan Hari Ibu pun dah dekat, boleh buat puding mangga sekali. Sedapnye... terliur plak. Kalau mak ada sekali tentu meriah Hari Ibu ni. Takpe tunggu 17hb ni sambut ngan mak (mak n ayah datang KL).
Eli n Ida lak takde minggu ni. Bercuti ke Bandung. Tinggal Amin je. So, dia pun akan lepak kat BMC. Meriah umah Syam minggu ni. Lagi-lagi Ekin n Amai pun dah mula cuti sem. Ahad pagi ada AGM kat Seri Budiman. Mungkin sampai t/hari je. Petang hubby dah plan nak ke IKEA. Dah lama hubby ajak ke IKEA tapi asyik tertangguh jer. Kami nak cari kerusi laman. So, mudah kalau nak amik angin petang dan tetamu duduk kalau tak nak masuk rumah (takde la borak kat tembok je). Sebenarnya tak sabar nak cantikkan laman. Pokok-pokok dah ada tapi nak tambah lagi. Nak cari bekas yang sesuai nak buat 'waterficture' dan nak cat mana yang . Sekarang ni pun tengah berusaha kumpul budget untuk renovate dapur. Tentu bertambah cantik syurga kami suami isteri. Itu la plan minggu ni. Jadual dah penuh dengan aktiviti. Harap semuanya lancar. Untuk minggu depan tak tau lagi, tapi dah ada macam-macam plan. Antaranya Ida mintak buatkan 'cup cakes' dan 'sugi coktail'. Yang pasti study tetap sentiasa ada dalam jadual seharian.
-semoga semuanya lancar dan dimudahkan-

Isnin, 4 Mei 2009

Tanda rezeki???

Ingatan masih tertumpu pada mimpi semalam. Terasa seperti ada kat rumah lama arwah Opah. Rindunya pada arwah. Pertama kali Syam mimpi alami detik kehamilan dan kelahiran. Apakah mimpi tu membawa maksud tertentu atau sekadar mainan tidur. Kalau benar itu tanda rezeki dari Illahi, Alhamdulillah. Syukur kehadratNya. Ingat lagi dulu sebelum bertemu kembali dengan hubby, Syam alami mimpi ular. Kata orang mimpi ular tu tanda ada orang nak meminang. Mungkin ada kebenarannya. Dalam mimpi tu Syam ikut satu rombongan bas dan berhenti di satu syesen minyak. So, dari musollah kat stesyen minyak ke tempat parking bas perlu melalui satu kawasan padang rumput. Waktu tu la banyak sangat ular pelbagai warna, corak dan saiz mengerumuni Syam. Kaget dan takut sangat. Masing-masing cuba meninggikan dan menunjukkan diri tapi alhamdulillah tiada satu pun yang patuh. Tetiba muncul seekor ular yang panjang, berwarna cerah dan cantik coraknya. Semua ular-ular tadi seakan-akan memberi laluan kepada ular ini. Ular cantik ini mengelilingi Syam dan pandang Syam dengan pandangan yang penuh bermakna. Cantik mata ular ni. Dia tak patuk atau apa-apakan Syam cuma sekadar pandang Syam sampai semua ular-ular lain beredar kesemuanya. Tak lama lepas mimpi tu, Syam bertemu semula ngan hubby. Sebelum ni kami memang bersahabat dan terputus hubungan hampir 2 tahun lamanya. Dalam tempoh tu memang banyak dugaan dan cabaran dari orang yang cuba mengetuk pintu hati ini tapi Alhamdulillah hanya hubby seorang yang berjaya membuka pintu hati ini dan terus mematri rapat hanya untuk dia seorang.
Berbalik kepada mimpi semalam Syam masih mancari maksudnya sebab tak pernah alami mimpi seperti ni. Harap-harap ini petanda rezeki untuk kami sekeluarga. Lagi pulak minggu lepas tetiba jer ada burung buang hajat terkena lengan baju dan tudung Syam. Kata orang tua-tua tu petanda rezeki sebab dalam ramai manusia kat situ kenapa kita sorang jer yang kena sedangkan time tu Syam kat bawah payung gerai menjual minuman. Memang Syam dan hubby berharap sangat untuk dapat baby dalam masa terdekat sementelah teman-teman yang sama-sama naik pelamain dulu ramai yang sedang menghitung hari bergelar ayah dan ibu. Syam juga berharap akan dapat kerja dalam masa terdekat ini sementara menyiapkan thesis dan viva untuk Master. Harap-harap semuanya berjalan lancar dan pengajian Syam dapat disempurnakan dalam tahun ini juga. Dan, semoga impian Syam untuk bergelar usahawan dan kaunselor akan terlaksana juga. AMIN.....
-Sabar menanti detik itu-

Emosinya

Entah kenapa 2-3 hari ni emosi rasa tak stabil, sensitif sangat. Sabtu lepas Syam teruk kene migrain. Ni la first time rasa sengsaranya kene migrain ni. Puncanya mungkin mata Syam stress bila lama sangat observed sel kanser kat microskop (12 plate untuk 2 sel) dan kene amik data untuk 3 hari berturut-turut. Balik rumah matahari dah berganti bulan. Lepas tu ajak hubby g pasar malam sebab tetiba teringin sangat nak makan ulam-ulaman. Tapi hampa sangat bila pasar malam 2 dah takde. Esoknya ajak hubby pergi pasar tapi hampa gak. Bukan ulam yang di cari takde tapi tak pergi pun. 1 Mei la katakan. Hubby sayang nak tinggalkan katil. Bila dia sedar matahari dah tegak di langit. Punyalah menjeruk rasa. Syam diam jer. Esoknya hati rasa sayu jer. Takleh tengok muka hubby, rasa sedih. Tengah lipat kain tetiba jer airmata mengalir deras. Sayu jer rasa cam hubby dah tak sayang kat Syam..Huhuhuuu... Petangnya tetap g HUKM siapkan lab. Tapi tak abis pun sebab kepala sakit sangat. Pandangan pun kabur jer.
Malam tu macam-macam pikir. Teresak-esak nangis lagi-lagi time solat. Nangis sebab sakit dan sayu sangat perasaan tu bila menghadap Illahi. Sedih bila terkenangkan kadang-kadang Syam lalai dan alpa dengan nikmat-Nya. Sakit kepala ni ujian yang sedikit pun dah tak tertahan rasanya. Takut kalau ditimpa ujian yang lagi hebat. Hubby memang tak perasan sebab Syam buat cam biasa jer cuma banyak diam. Tapi malam tu dia memang panik; airmata Syam mengalir cam hujan masa tidur. Barulah Syam cakap sakit. Terasa sayu tengok dia sapu ubat dan berusaha picit kepala ni. Entah jam berapa dia tidur pun Syam tak sedar.
Pagi esoknya, badan masih terasa lemah dan kepala masih berdenyut. Hubby kat sebelah masih lena. Tenang jer wajahnya. Perasaan bersalah terus membuak-buak sebab salah sangka ngan hubby. Tak nak manjakan diri, Syam gagahkan bangun, bersihkan diri dan siapkan sarapan pagi. Pagi ni nekad makan ubat ngan susu coklat (Syam ni penakut makan ubat; pahit). Alhamdulillah, menjelang tengahari kesihatan dah semakin ok tu pun lepas terlena (Ni lagi satu sebab taknak makan ubat). Mujur harini takde lab. So, amik peluang untuk rest secukupnya dan bayar balik masa bersama hubby tersayang. Thank hubby. Luv U so much.

- hargai diri, sayangi kesihatan-

Sabtu, 2 Mei 2009

Merancang kewangan keluarga...

Salam...
Hari ini tertarik bila lihat iklan AMBANK-family first. Memang diakui ramai yang pening kepala bila mula berfikir untuk menamatkan zaman bujang dan mulakan kehidupan berkeluarga. Dan, kerisauan ini semakin berganda bila bilangan ahli keluarga bertambah. Otak ligat berfikir cara nak tambah pendapatan. Yelah, semua persiapan menjelang kelahiran si kecil perlukan wang. Pakaian, lampin, susu dan kelengkapan lain. Perlu juga fikirkan simpanan untuk pendidikan dan lain-lain. Kalau diikutkan gaji yang ada memang tak mencukupi...tambah lagi dengan hutang yang sedia ada; rumah, kereta, pinjaman pendidikan dan sebagainya. Ya Allah, takutnya dengar. Syam sendiri kadang-kadang ketar lutut bila fikirkan semua itu. Walaupun baru berumahtangga dan masih menuntut, perkara sebegini perlu difikirkan juga. Yelah sebagai persediaan. Manalah tahu Allah nak beri rezeki zuriat dalam masa terdekat ini...Amin.
Syukur dari kecil lagi mak dah ajar menabung. Sesuatu yang baik untuk diamal dan diajar pada si kecil supaya berjimat dan sentiasa ingat akan kepentingannya pada masa kesusahan. Hasil tabungan tersebut Syam akan pastikan disimpan di ASB dan duit tersebut tidak akan Syam gunakan kecuali untuk situasi yang benar-benar perlu. Syam ingat lagi lagi beberapa tahun lepas, adik Syam diserang denggi (sewaktu menuntut di UiTM). Punyalah susah nak masuk hospital kerajaan. Dari Pusat kesihatan UiTM, Hospital Klang dan PPUM, semua wad tiada kekosongan, penuh dengan pesakit. Akhirnya mak minta doktor buat surat untuk rujuk ke SMC. Hospital swasta memang ada kekosongan tapi perlu bayar deposit RM1,000. Empat hari mendapatkan rawatan, jumlah yang perlu dibayar adalah RM3,980. Syukur waktu tu, Syam ada simpanan dan keluarkan RM1,500 dan bakinya mak yang bayar. Memang terasa sangat sementelah ayah bertugas di luar negara. Nak guna guarantee letter mak tak boleh sebab adik dah lebih 18 tahun. Nak claim insuran pun tak boleh sebab adik takde amik apa-apa insuran. Dari situasi ni Syam buka mata tentang betapa pentingnya kita menabung dan memiliki insurans. Dua perkara ni Syam dah lakukan. Sekarang ni Syam suka membaca isu-isu kekeluargaan dan pengurusan kewangan berhemah. Dari pembacaan tersebut Syam dah kenal pasti beberapa perkara yang dapat membantu Syam memberi yang terbaik kepada si kecil dari hari pertama lahir ke dunia hingga mereka membesar.
Sebagai wanita, Allah telah kurniakan sesuatu yang berharga kepada kita untuk diberikan kepada si kecil; SUSU IBU yang lengkap dengan gizi-gizi yang diperlukan untuk tumbesaran si kecil. Anak kita seharusnya berilah susu kita. Kalau bagi susu lembu kesian anak lembu haknya kita ambil. Lagipun Syam rasa susu ibu ni lebih jimat dan mempunyai banyak manfaat untuk ibu dan si manja. Selain susu, penggunaan lamping juga boleh diambil kira. Orang sekarang ni Syam lihat lebih suka menggunakan 'disposable diapers (DD)' berbanding 'cloth diapers (CD)'. Memang diakui DD ni lebih mudah. Lepas guna boleh terus buang jer. CD ni walaupun boleh diguna semula, tetapi ramai yang tak suka sebab susah nak cuci (terutamanya nak hilangkan kesan najis si kecil). Pakai CD ni pun banyak kebaikannya; antaranya boleh kurangkan eczema pada si kecil dan penggunaan yang berulang dapat membantu kita untuk berjimat. Melalui 2 perkara ini Syam rasa banyak wang yang dapat dijimatkan dan wang ini boleh digunakan untuk simpanan pendidikan si kecil ini nanti. Jika diizinkan, InsyaAllah 2 perkara ini akan Syam amalkan. Walaupun persiapan awal memerlukan kos yang agak tinggi, tetapi jika dihitung untuk jangka masa panjang ia sememangnya berbaloi.
Ini baru peringkat awal, nanti Syam akan updatekan kaedah-kaedah lain ynag dapat kita sama-sama amalkan untuk membantu 'Mr.Mama' merancang dan menjana kewangan keluarga secara berhemah.
-Selamat menabung-