Salam...
Hari ini tertarik bila lihat iklan AMBANK-family first. Memang diakui ramai yang pening kepala bila mula berfikir untuk menamatkan zaman bujang dan mulakan kehidupan berkeluarga. Dan, kerisauan ini semakin berganda bila bilangan ahli keluarga bertambah. Otak ligat berfikir cara nak tambah pendapatan. Yelah, semua persiapan menjelang kelahiran si kecil perlukan wang. Pakaian, lampin, susu dan kelengkapan lain. Perlu juga fikirkan simpanan untuk pendidikan dan lain-lain. Kalau diikutkan gaji yang ada memang tak mencukupi...tambah lagi dengan hutang yang sedia ada; rumah, kereta, pinjaman pendidikan dan sebagainya. Ya Allah, takutnya dengar. Syam sendiri kadang-kadang ketar lutut bila fikirkan semua itu. Walaupun baru berumahtangga dan masih menuntut, perkara sebegini perlu difikirkan juga. Yelah sebagai persediaan. Manalah tahu Allah nak beri rezeki zuriat dalam masa terdekat ini...Amin.
Syukur dari kecil lagi mak dah ajar menabung. Sesuatu yang baik untuk diamal dan diajar pada si kecil supaya berjimat dan sentiasa ingat akan kepentingannya pada masa kesusahan. Hasil tabungan tersebut Syam akan pastikan disimpan di ASB dan duit tersebut tidak akan Syam gunakan kecuali untuk situasi yang benar-benar perlu. Syam ingat lagi lagi beberapa tahun lepas, adik Syam diserang denggi (sewaktu menuntut di UiTM). Punyalah susah nak masuk hospital kerajaan. Dari Pusat kesihatan UiTM, Hospital Klang dan PPUM, semua wad tiada kekosongan, penuh dengan pesakit. Akhirnya mak minta doktor buat surat untuk rujuk ke SMC. Hospital swasta memang ada kekosongan tapi perlu bayar deposit RM1,000. Empat hari mendapatkan rawatan, jumlah yang perlu dibayar adalah RM3,980. Syukur waktu tu, Syam ada simpanan dan keluarkan RM1,500 dan bakinya mak yang bayar. Memang terasa sangat sementelah ayah bertugas di luar negara. Nak guna guarantee letter mak tak boleh sebab adik dah lebih 18 tahun. Nak claim insuran pun tak boleh sebab adik takde amik apa-apa insuran. Dari situasi ni Syam buka mata tentang betapa pentingnya kita menabung dan memiliki insurans. Dua perkara ni Syam dah lakukan. Sekarang ni Syam suka membaca isu-isu kekeluargaan dan pengurusan kewangan berhemah. Dari pembacaan tersebut Syam dah kenal pasti beberapa perkara yang dapat membantu Syam memberi yang terbaik kepada si kecil dari hari pertama lahir ke dunia hingga mereka membesar.
Sebagai wanita, Allah telah kurniakan sesuatu yang berharga kepada kita untuk diberikan kepada si kecil; SUSU IBU yang lengkap dengan gizi-gizi yang diperlukan untuk tumbesaran si kecil. Anak kita seharusnya berilah susu kita. Kalau bagi susu lembu kesian anak lembu haknya kita ambil. Lagipun Syam rasa susu ibu ni lebih jimat dan mempunyai banyak manfaat untuk ibu dan si manja. Selain susu, penggunaan lamping juga boleh diambil kira. Orang sekarang ni Syam lihat lebih suka menggunakan 'disposable diapers (DD)' berbanding 'cloth diapers (CD)'. Memang diakui DD ni lebih mudah. Lepas guna boleh terus buang jer. CD ni walaupun boleh diguna semula, tetapi ramai yang tak suka sebab susah nak cuci (terutamanya nak hilangkan kesan najis si kecil). Pakai CD ni pun banyak kebaikannya; antaranya boleh kurangkan eczema pada si kecil dan penggunaan yang berulang dapat membantu kita untuk berjimat. Melalui 2 perkara ini Syam rasa banyak wang yang dapat dijimatkan dan wang ini boleh digunakan untuk simpanan pendidikan si kecil ini nanti. Jika diizinkan, InsyaAllah 2 perkara ini akan Syam amalkan. Walaupun persiapan awal memerlukan kos yang agak tinggi, tetapi jika dihitung untuk jangka masa panjang ia sememangnya berbaloi.
Ini baru peringkat awal, nanti Syam akan updatekan kaedah-kaedah lain ynag dapat kita sama-sama amalkan untuk membantu 'Mr.Mama' merancang dan menjana kewangan keluarga secara berhemah.
-Selamat menabung-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan