Rabu, 29 April 2009

...My World, My Life...

Hi there,

My world, my life... Apa ye kaitan dunia dengan kehidupan kita. Sebenarnya tetiba jer terfikirkan slogan ni. Sesuai dengan keadaan Syam sekarang yang masih mencari halatuju kehidupan yang lebih sempurna. Dalam menyelesaikan tugasan pelajaran (Master in Science) di UPM, Syam masih mencari dan merancang kehidupan. Alhamdulillah setakat ini mampu melaksanakan tugas sebagai suri dan pelajar. Dua peranan berbeza yang selalu orang keliling kata susah untuk dilakukan. Syam akui ianya susah untuk dilaksanakan jika tiada sikap komunikasi dan toleransi antara 2 pihak. Dari situasi ini Syam tahu kita adalah apa yang kita rancang. Jika kita inginkan kejayaan, maka itulah yang kita usahakan hingga kejayaan itu milik kita.
Sebenarnya ada banyak perancangan yang bermain di benak ini untuk direalisasikan. Antaranya ialah untuk menjadi kaunselor di bidang sains dan kesihatan. Memandangkan Syam kini Menjalankan penyelidikan berkaitan kesihatan dan selalu berada di hospital, banyak ilmu yang Syam perolehi secara tidak langsung yang mungkin bermanfaat jika dikongsikan bersama orang lain. Ini adalah apa yang Syam rancangkan. Tapi ramai juga yang berkata mampukah untuk dilaksanakan. Sempat dan punya cukup masakah untuk tugas, kehidupan peribadi dan keluarga. Bila dengar apa orangg kata memang mustahil bunyinya. Tapi seperti Syam katakan tadi, kita adalah apa yang kita rancang. Mungkin entry ni tak menarik, terpulang pada pandangan orang. Yang penting coretan ini sedikit sebanyak dapat membantu Syam untuk memotivasikan diri tatkala dilanda resah dan stress.

-Sentiasa percaya diri, yakin kejayaan itu milik kita-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan